Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penganjuran Program MADANI Rakyat Bil.1/2024 telah diadakan pada 23 Julai 2024 bertempat di Bilik Persidangan Dinamik, Aras 2, Setia Perdana 1, Jabatan Perdana Menteri. Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh YBhg. Dato’ Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi selaku Kementerian Peneraju dan YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri.

Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai konsep penganjuran PMR Zon Selatan, cadangan susun atur tapak, cadangan pengisian program dan juga pencapaian Ekonomi MADANI yang bakal diketengahkan bagi siri penganjuran PMR kali ini.

Mesyuarat telah dihadiri oleh kesemua wakil Kementerian, agensi serta Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) yang terlibat di dalam penganjuran PMR Zon Selatan yang akan diadakan pada 15 hingga 17 Ogos 2024 di Dataran Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Johor.

Selain itu juga, perbincangan ringkas yang diwakili oleh YBrs. Dr. Nor Azlina binti Ariffin, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) turut diadakan bersama tuan rumah pelaksanaan PMR Zon Selatan iaitu PSUK Negeri Johor yang diketuai oleh YB Dato’ Haji Ismail bin Haji Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) mengenai pelaksanaan dan cadangan program pengisian PMR Zon Selatan yang akan diadakan kelak.