8 Ogos 2024, Putrajaya - Majlis Perhimpunan Bulanan YB Menteri Ekonomi Bersama Warga Kementerian dan Peluncuran Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Kementerian dan Karnival Sukan Kementerian Ekonomi Tahun 2024 telah berlangsung pada 8 Ogos 2024 di Menara Prisma, Putrajaya.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi. Kemudian diteruskan dengan ucapan daripada YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi serta perasmian Peluncuran Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Kementerian dan Karnival Sukan Kementerian Ekonomi Tahun 2024.

Di penghujung majlis, lagu Jalur Gemilang dinyanyikan sempena diambang Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.

Turut hadir, YBhg. Dr. Datuk Yatimah Binti Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) Kementerian Ekonomi, serta pegawai-pegawai tertinggi Kementerian Ekonomi.