8 Ogos 2024, Putrajaya - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah menghadiri sesi “Chit Chat Bersama YB Menteri Ekonomi” melibatkan pegawai Gred 54 - Jusa C Kementerian Ekonomi pada 8 Ogos 2024 di Menara Prisma, Putrajaya.

“Chit Chat Bersama YB Menteri Ekonomi” adalah satu platform komunikasi dua hala bagi mendapat maklum balas pegawai kementerian secara langsung, perkongsian pengalaman serta pandangan YB Rafizi Ramli bersama pegawai gred 54 - Jusa C di Kementerian Ekonomi.