- 123 views
22 Ogos 2024 – Unit Integriti dengan kerjasama Seksyen Latihan Bahagian Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) pada 21 hingga 22 ogos 2024 bertempat di Bilik Seminar Aras G, Menara Prisma.
Kursus ini disertai oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai gred di Kementerian Ekonomi. Para peserta diberi pendedahan berkaitan pemantapan tatakelola, integriti dan antirasuah serta kesalahan-kesalahan rasuah dan tatatertib. Penceramah jemputan terdiri daripada pelbagai agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Akademi Audit Negara (AAN).
YBrs. Dr. Nor Azlina binti Ariffin, (Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) sudi hadir bagi menyempurnakan majlis penutup Kursus MPGIA. Semoga segala ilmu yang diperoleh ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta kursus.
“Integriti Bermula Daripada Saya”