28 Ogos 2024 – Sesi penjurian Program Jiwa Merdeka Antara Kementerian Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 di Kementerian Ekonomi telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Yatimah Binti Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral).

Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato' Luqman Bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), YBrs. Dr. Nor Azlina Binti Ariffin, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Pengarah-pengarah Bahagian dan warga Kementerian Ekonomi.

Panel Juri telah disambut oleh warga Kementerian dan dibawa ke sudut pameran dan seterusnya dibawa ke Bahagian Khidmat Pengurusan untuk melawat aras pejabat yang terpilih.

Semasa di sini panel juri telah dijamu dengan makanan tradisi iaitu ubi kayu rebus dan nasi pulut. Seterusnya juri di bawa melawat ke Bahagian Pengurusan Nilai.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi galakan dan peluang kepada rakyat Malaysia khususnya kepada semua penjawat awam untuk menzahirkan semangat patriotik disamping menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Pertandingan Mencipta Sajak, Pertandingan Silang Kata Jawi, Pertandingan Hiasan Meja Breakfast, Pertandingan Mencipta Poster AI, Treasure Hunt, Pertandingan Hiasan Antara Bahagian dan Peserta yang memakai pakaian tradisional terbaik.

Semoga usaha yang ditunjukkan melalui program ini akan dapat menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan warga Kementerian Ekonomi untuk sambutan Hari Kebangsaan dan dapat meningkatkan nilai kerjasama semua warga di setiap peringkat.