- 23 views
30 Ogos 2024, Johor - Bengkel Perundingan Kumpulan Kerja Bersama Malaysia-Singapura (MY-SG) bagi pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah diadakan pada 28-30 Ogos 2024 di Forest City, Johor.
Bengkel selama 3 hari ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi dan Dr. Beh Swan Gin, Permanent Secretary of Ministry of Trade & Industry, Singapore serta pegawai-pegawai kanan daripada MY dan SG.
Bengkel ini bertujuan untuk mengharmoni dan memuktamadkan permintaan MY dan SG selain membincangkan draf Perjanjian Bersama JS-SEZ. Selepas beberapa siri mesyuarat melibatkan 4 Kumpulan Kerja Bersama MY-SG sepanjang bulan Julai-Ogos 2024, bengkel perundingan ini telah berjaya memuktamadkan sebahagian besar permintaan kedua-dua negara.