- 27 views
Johor, Malaysia, 10 September 2024 – YBhg. Datuk Dr. Zunika Binti Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Ekonomi telah mengetuai delegasi Malaysia dan mempengerusikan 31st Senior Officials' Meeting (SOM) bersempena dengan 30th IMT-GT Ministerial Meeting di Desaru Coast Convention Centre, Johor, Malaysia.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Mrs. Netty Muharni, SO Republik Indonesia, Dr. Thuttai Keeratipongpaiboon, SO Kerajaan Thailand, wakil Asian Development Bank (ADB), wakil ASEAN Secretariat (ASEC), wakil 8 Kumpulan Kerja dan IMT-GT Joint Business Council (JBC).
Mesyuarat SOM ini telah membincangkan persiapan akhir mesyuarat IMT-GT Peringkat Menteri termasuk pembentangan laporan oleh semua Kumpulan Kerja, JBC, CIMT, ADB & ASEC beserta perkara lain yang berkaitan.