- 25 views
Desaru, Johor, Malaysia, 12 September 2024 – YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, sebagai Signing Minister IMT-GT Malaysia telah mengetuai delegasi Malaysia dan mempengerusikan Ministerial Meeting (MM) bersempena dengan 30th IMT-GT Ministerial Meeting di Desaru Coast Conference Centre, Johor, Malaysia.
Mesyuarat peringkat Menteri ini turut dihadiri oleh H.E. Dr. Edi Prio Pambudi dari Indonesia, H.E. Sasithorn Palattadej dari Thailand, H.E. Satvinder Singh dari ASEAN Secretariat dan H.E. Scott Morris dari (ADB).
Ministerial Retreat diadakan secara tertutup melibatkan semua wakil peringkat Menteri sebelum sidang Plenari berlangsung. Majlis ringkas penyerahan laporan Green Cities Action Plan (GCAP) oleh ADB kepada YBM diadakan sebaik selesai Ministerial Retreat.
Mesyuarat Peringkat Menteri ini antara lain telah membincangkan laporan Senior Official Meeting, Chief Ministers’ and Governors’ Forum, & Joint Ministerial Statement serta perkara lain yang berkaitan. Menteri dan wakil juga berkesempatan melawat gerai pameran di luar dewan mesyuarat sebaik selesai sidang Plenari.