- 70 views
20 September 2024, Putrajaya - YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi telah menerima kunjungan hormat daripada Brava Capital pada 20 September 2024 di Pejabat Timbalan Menteri Ekonomi, Menara Prisma, Putrajaya.
Kunjungan hormat ini membincangkan mengenai kerjasama antara Brava Capital bersama Kerajaan Malaysia, khususnya Kerajaan Negeri Sarawak bagi membangunkan projek tenaga hidro serta sumber tenaga boleh diperbaharui.
Selain itu, ia juga dapat meningkatkan hubungan baik antara Malaysia, Singapura dan Indonesia ke tahap yang lebih tinggi.