- 60 views
Pada 28 Oktober 2024 di Hotel Hatten, Melaka telah berlangsung Sesi Libat Urus (SLU) Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bersama Kerajaan Negeri Melaka.
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi dan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka diikuti dengan pembentangan kerangka RMK13 serta sesi dialog YB Menteri Ekonomi bersama Pentadbiran Kerajaan Negeri, EXCO, ADUN, Jabatan/Agensi Negeri dan Jabatan/Agensi Persekutuan.
Sesi kedua “MADANI Mendengar Bersama YB Menteri Ekonomi” diadakan di Hotel Holiday Inn, Melaka. Dialog terbuka ini melibatkan para peserta daripada Mahasiswa, Belia, Wakli Majlis Pekerja, Surirumah, Ibu Tunggal, Pakar & Pemain Industri/NGO/CSO.
Penghargaan setinggi-tingginya diucapkan kepada semua yang hadir, menjadikan SLU RMK13 ini sebagai langkah penting ke arah pembangunan negara dan aspirasi Malaysia MADANI.
Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Yatimah Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha Sektoral Kementerian Ekonomi, serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Ekonomi.