Sesi Madani Mendengar bagi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) diteruskan pada 30 Oktober di Hotel Pullman, Sarawak, melibatkan perbincangan antara kerajaan negeri Sarawak.

Sesi Madani Mendengar ini dipimpin oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, turut dihadiri oleh YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak. Sesi ini menyediakan peluang kepada rakyat Sarawak khususnya untuk berkongsi pandangan dan cadangan untuk dijadikan input RMK13.

Madani mendengar juga melibatkan dialog bersama mahasiswa, belia, wakil majlis pekerja, suri rumah, dan ibu tunggal untuk memperkukuhkan lagi agenda Malaysia Madani.

Dengan menekankan pelbagai lapisan masyarakat, setiap pandangan diambil kira dalam membentuk hala tuju negara untuk RMK13.