- 5 views
Johor Bahru, Malaysia, 7 November 2024 – YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah mengetuai delegasi Malaysia dan mempengerusikan bersama Mesyuarat Khas Joint Ministerial Committee for Iskandar Malaysia (JMCIM) di Hotel Amari, Johor Bahru, Malaysia.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YAB Dato Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, H.E. Mr. Desmond Lee, Minister for National Development, Singapore, H.E. Mr. Chee Hong Tat, Minister for Transport, Singapore dan pegawai kanan daripada Malaysia dan Singapura.
Mesyuarat Khas JMCIM ini antara lain telah membincangkan draf Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan perkara lain yang berkaitan.