- 3 views
Kuala Lumpur, 5 November 2024 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi Malaysia, telah merasmikan pelancaran inisiatif terbaharu oleh Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) di Forum Pelan Tindakan Perkhidmatan dan Peralatan Minyak & Gas (OGSE) Kebangsaan 2024, bertempat di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur pada 5 November 2024.
Pelancaran 'Perkhidmatan Fasilitasi Kerjasama Strategik OGSE' adalah inisiatif yang digariskan di dalam Pelan Tindakan Industri OGSE Kebangsaan 2021-2030 untuk meningkatkan daya saing dan daya tahan di dalam sektor OGSE dan menangani jurang tertentu dalam pasaran.
Manakala, Pelancaran 'Panduan Rangka Kerja Kelestarian OGSE Kebangsaan (NOS-F Guide)' adalah terbitan terbaharu dari siri Kelestarian OGSE Kebangsaan dan dibangunkan berdasarkan lima fasa pelaporan utama yang diambil daripada piawaian dan rangka kerja kelestarian yang diterima pakai secara meluas.
Bertemakan "Accelerating Energy Transition for Competitiveness, Resilienice and Sustainability", forum ini bertujuan untuk memberi status terkini Pelan Tindakan Industry OGSE Kebangsaan 2021-2030 dan memberi peluang kepada syarikat-syarikat OGSE untuk sesi soal jawab dialog industri dengan YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif MPRC, Encik Mohd Yazid Ja'afar.
Sesi panel yang tertumpu kepada risiko iklim, dekarbonisasi, peralihan tenaga dan perkongsian strategik sektor OGSE turut diadakan bersama ahli panel daripada agensi kerajaan dan pemain industri termasuk MGTC, PETRONAS, MOGSC, TERAJU, Ekuinas, dan Essem Group Sdn Bhd.