- 2 views
14 November 2024, Putrajaya - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Ismael Nabe, Menteri Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa, Republik Guinea dan delegasi pada 14 November 2024 (Khamis) di Pejabat Menteri Ekonomi, Menara Prisma, Putrajaya. Turut hadir ialah PYT Koumba Diop, Duta Besar Republik Guinea ke Malaysia. Semasa kunjungan berkenaan, kedua-dua Menteri membincangkan usaha untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Republik Guinea, dengan penekanan khusus pada aspek sosioekonomi kedua-dua negara. Perbincangan turut merangkumi potensi sumbangan bersama dalam pembangunan kapasiti dan perkongsian pengetahuan dalam bidang perangkaan. Selain itu, Republik Guinea turut berkongsi perancangan ekonomi negara Afrika Barat tersebut untuk tempoh 15 tahun akan datang yang dirangka di bawah program SIMANDOU 2024.