21 November 2024, Putrajaya - Sesi Taklimat Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) bersama YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi kepada Ahli Dewan Rakyat telah berlangsung pada 21 November 2024 di Parlimen Malaysia.

Turut hadir YB, Dato Hajjah Hanifah, Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, YBhg.Dato Sri Dr, Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan, YBhg. Datuk Dr. Zunika binti Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar, Kementerian Ekonomi. dan YBhg. Datuk Dr. Yatimah binti Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (S) Kementerian Ekonomi.

PAKW merujuk jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh sesuatu isi rumah dan individu untuk mencapai kehidupan wajar yang memenuhi keperluan, kehendak dan kemampuan untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan.

Mengulas lanjut YB Menteri berkata pendekatan itu diperkenalkan menerusi analisis data sistem Pangkalan Data Utama (PADU). Kementerian Ekonomi akan sentiasa komited untuk memastikan PAKW dapat menjadi indikator untuk mengatur kewangan dengan lebih baik.