- 4 views
21 November 2024, Putrajaya - Kementerian Ekonomi telah menerima kunjungan daripada delegasi Management and Science University (MSU) pada 21 November 2024. Lawatan ini bertujuan memperkukuh kefahaman mengenai National Development Planning and Implementation of Economic Policy in Malaysia.
Delegasi MSU berpeluang mendengar pembentangan daripada Dr. Wan Farisan Bin Wan Sulaiman, Timbalan Pengarah Bahagian Makroekonomi, yang berkongsi pandangan berharga mengenai topik tersebut. Sesi soal jawab turut diadakan, memberikan ruang untuk perbincangan interaktif antara peserta dan pihak kementerian.
Lawatan ini mencerminkan komitmen MSU dan Kementerian Ekonomi dalam menyokong pembangunan ilmu dan keterlibatan akademia dengan pembuat dasar.