- 16 views
6 Januari 2025, Kuala Lumpur - Yang Berhormat Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, menghadiri majlis rasmi di Shangri-La Kuala Lumpur bersama Timbalan Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian, En. Gan Kim Yong, Menteri Besar Johor, Dato' Onn Hafiz bin Ghazi, serta Menteri Pembangunan Singapura, En. Desmond Lee.
Majlis ini menjadi platform penting untuk menandatangani perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS).
Acara ini mencerminkan hubungan erat dan kerjasama strategik antara Malaysia dan Singapura dalam memacu pertumbuhan ekonomi serantau serta menangani isu-isu kelestarian global.
Kerjasama ini akan membuka peluang baharu bagi pembangunan ekonomi yang mampan dan mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara sahabat.