10 Januari 2025, Putrajaya - Kementerian Ekonomi yang diwakili oleh YBrs. Dr. Nor Azlina Ariffin, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Encik Abd Rahim Abd Hamid, Pengarah Bahagian Pembangunan (BP) dan pegawai-pegawai Bahagian Khidmat Pengurusan telah mengadakan kunjungan hormat ke Putrajaya Holdings (PJH) di Menara PJH, Putrajaya pada 10 Januari 2025.

Kunjungan hormat ini telah disambut oleh YBhg. Dato' Ir. Ts. Izwan Hasli Mohd Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PJH bersama Puan Norimah Ahmad, Ketua Pembangunan dan Operasi, Puan Noor Izlina Idris, Ketua Strategi Perniagaan dan Komunikasi dan Encik Azmel Shah Zulkaply, Ketua Pemasaran, Jualan dan Pajakan serta pegawai-pegawai PJH.

Sesi kunjungan hormat ini bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan pembangunan kemudahan di sekitar Putrajaya di samping meneroka ruang usaha sama dalam menyediakan ruang kerja yang kondusif kepada warga Kementerian Ekonomi. Kementerian amat berbesar hati dengan peluang perjumpaan dan perkongsian maklumat oleh YBhg. Dato' CEO dan pasukan PJH. Semoga perkongsian yang berharga ini menjadi pemangkin kepada ruang kolaborasi yang akan datang.

Kementerian Ekonomi sentiasa komited dalam menjaga kebajikan warga Kementerian bagi memastikan pasukan yang mengurus perancangan sosioekonomi negara ini melaksanakan amanah dengan cemerlang.