- 13 views
14 Januari 2025, Putrajaya - Taklimat Garis Panduan Perkongsian Pangkalan Data Utama (PADU) bersama kementerian-kementerian dan agensi berkaitan telah diadakan pada 14 Januari 2025 di Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya. Taklimat ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Zunika Mohamed, TKSU (Dasar) Kementerian Ekonomi dan Puan Noraliza binti Mohamad Ali, Pengarah Unit PADU, Kementerian Ekonomi.
Kerjasama strategik ini bertujuan untuk memperkukuhkan pengurusan data demi pembangunan negara yang lebih mampan dan inklusif.
PADU menjadi asas penting dalam usaha merealisasikan agenda transformasi digital negara, memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam, dan menggalakkan pembuatan keputusan yang berasaskan data.