- 13 views
29 Januari 2025, Putrajaya - Kementerian Ekonomi telah mengadakan Kursus Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ) pada 20-21 Januari 2025 di Hotel Everly, Putrajaya dan telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Nor Azlina binti Ariffin, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) selaku Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) Kementerian Ekonomi.
Kursus ini telah dihadiri oleh Pengarah Bahagian dan Ketua Unit yang telah dilantik sebagai PPKJ Kementerian Ekonomi dan dikendalikan oleh wakil Pegawai Keselamatan dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia(CGSO).
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memastikan setiap pegawai yang dilantik sebagai PKJ dan PPKJ memahami langkah-langkah, peraturan dan tatacara pelaporan berkaitan Keselamatan Perlindungan serta meningkatkan kompetensi dalam melaksanakan sistem kawalan Keselamatan Perlindungan secara holistik.
Semoga dengan penganjuran kursus ini kualiti sistem dan tadbir urus Keselamatan Perlindungan di Kementerian Ekonomi lebih berkesan dan sistematik serta mengikut peraturan dan dasar ketetapan teras Keselamatan Perlindungan.
#kementerianekonomi
#taatsetia
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadani