- 1 view
6 November 2024, Putrajaya - YBhg. Datuk Dr. Zunika Binti Mohamed telah mempengerusikan Mesyuarat Annual Year Review (AYR) bagi tahun 2024 bertempat di Hotel DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside pada 6 November 2024.
UNDP Malaysia telah diketuai oleh Ms. Manon Bernier, Deputy Resident Representative for Malaysia, Singapore and Brunei Darussalam.
Mesyuarat AYR diadakan secara tahunan antara Kerajaan Malaysia dengan United Nations Development Programme (UNDP) di bawah program kerjasama teknikal Country Programme Action Plan (CPAP).
Pihak UNDP telah membentangkan maklumat mengenai projek-projek yang sedang dilaksanakan di bawah CPAP 2024-2025 mengikut bidang keutamaan, maklumat kewangan, pencapaian, cabaran dan pembelajaran yang telah diterima melalui pelaksanaan projek-projek ini.
Manakala semasa mesyuarat tersebut juga, pihak Kementerian/ Jabatan/Agensi dan UNDP yang merupakan Agensi Pelaksana akan membentangkan kemajuan dan prestasi, berkongsi kisah kejayaan (success story), cabaran yang dihadapi serta rantaian ke hadapan (way forward) bagi projek-projek yang sedang dilaksanakan di bawah tanggungjawab masing-masing.
Mesyuarat AYR tahun 2024 telah dihadiri oleh 80 orang pegawai dari pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dan UNDP Malaysia.