- 39 views
6 Februari 2025, Putrajaya - Yang Berhormat Dato' Seri Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, Yang Berhormat Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, bersama YBhg. Dato' Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, telah menghadiri Mesyuarat Inisiatif Berani dan Radikal Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang turut melibatkan Pengurusan Tertinggi Kementerian Ekonomi di Hotel Zenith, Putrajaya.
Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk membincangkan hala tuju ekonomi negara secara lebih menyeluruh, dengan penglibatan Ketua Setiausaha dari pelbagai kementerian bagi merangka strategi terbaik. Melalui RMK13, kerajaan menekankan kepentingan dasar ekonomi yang inklusif dan mampan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin serta pertumbuhan ekonomi kekal stabil dalam menghadapi cabaran semasa dan masa hadapan.
#KementerianEkonomi
#MalaysiaMADANI
#RMK13
#taatsetia
#MADANIBekerja