13 Februari 2025, Putrajaya - Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bertemakan Pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan di Peringkat Tempatan telah berlangsung di Zenith Hotel, Putrajaya pada 13 Februari 2025. Program dimulakan dengan ketibaan peserta dan YB Dato' Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa, serta ucapan aluan dan sesi bergambar.

Sesi utama menampilkan pembentangan mengenai kerangka dasar, strategi, serta inisiatif RMK13 berkaitan SDG/ESG dan pencapaian SDG negara oleh Kementerian Ekonomi. Perbincangan diteruskan dalam sesi soal jawab bersama YB Timbalan Menteri Ekonomi dan pengurusan tertinggi kementerian.

#KementerianEkonomi

#MalaysiaMADANI

#taatsetia

#MADANIBekerja