14 Februari 2025, Putrajaya - YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tenaga Negara (MTN) Bilangan 1 Tahun 2025 pada 14 Februari 2024 di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Turut hadir adalah YB Dato' Seri Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan YBhg. Dato' Nor Azmie bin Diron Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi serta YBhg. Dato' Luqman bin Ahmad Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) Kementerian Ekonomi.

Malaysia komited ke arah pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 dengan memfokuskan penyahkarbonan sektor tenaga negara. Dalam Mesyuarat Majlis Tenaga Negara (MTN) 2025, fokus utama adalah membincangkan langkah strategik untuk memastikan bekalan tenaga kekal terjamin, mesra pelabur, dan mampan.

Kerjasama serantau melalui ASEAN Power Grid juga diperkukuh bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan memperkukuh sistem tenaga rantau ini.

#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja

#kementerianekonomi

#taatsetia