- 10 views
14 Februari 2025, Putrajaya - USPANITA Cawangan Kementerian Ekonomi telah mengadakan Mesyuarat Agung PUSPANITA (MAP) Cawangan Kementerian Ekonomi Kali Ke-3 Tahun 2025 pada 14 Februari 2025 bertempat di Bilik Seminar, Aras G, Menara Prisma. Seramai 180 ahli telah menyertainya secara fizikal dan dalam talian.
Penganjuran MAP Cawangan Kementerian Ekonomi ini bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa Tahun 2025 dan diadakan dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia dan AKRAB Kementerian Ekonomi.
Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Roziah Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Ekonomi. Sesi perkongsian ilmu juga diadakan bersama Puan Suriani Mellie daripada Bworks dan Slae Cosmetics, yang berkongsi tips keterampilan imej dan dandanan ringkas ke pejabat.
Majlis juga diserikan dengan sesi perasmian Bilik Jahitan PUSPANITA Cawangan Kementerian Ekonomi yang merupakan usaha sama bersama Butik Zamara.
#WanitaDijulangNegaraGemilang
#PuspanitaKementerianEkonomi
#PuspanitaKebangsaan
#kementeriaekonomi
#MADANIBekerja
#TaatSetia