- 21 views
Putrajaya, 8 April 2025 - Kementerian Ekonomi telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri yang penuh kemeriahan di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran pemimpin negara yang terkemuka, termasuk YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia; YAB Dato' Seri Fadillah bin Yusof, Timbalan Perdana Menteri II, YB Dato' Seri Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi; YB Dato' Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi; YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; dan Tan Sri Dato' Seri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Selain ucapan dan jamuan hidangan, majlis ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan menghias nasi impit, penyampaian hadiah bagi pakaian terbaik dan video raya kreatif, serta acara bersurai yang penuh keceriaan.
Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir, termasuk warga kerja Kementerian Ekonomi dan tetamu khas yang terdiri daripada anak-anak yatim serta penghuni Rumah Bakti Al-Kausar.
Kehadiran anda semua menjadikan majlis ini lebih bermakna. Semoga semangat kebersamaan dan keharmonian ini terus terjalin, bersempena dengan Syawal yang mulia.