28 April 2025, Putrajaya - YB Dato’ Seri Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah menyampaikan sumbangan kepada dua pegawai kementerian, Dr. Nor Azlina binti Ariffin, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), dan Puan Amutham a/p Subramaniam, Ketua Penolong Pengarah Unit Integriti, yang terkesan akibat insiden kebakaran di Putra Heights, Selangor.

Penyerahan ini dilakukan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan pihak kementerian terhadap kakitangan yang sedang melalui waktu sukar.

Warga Kementerian Ekonomi mendoakan kesemua mangsa insiden tersebut diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.

#KementerianEkonomi

#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja

#taatsetia