- 6 views
12 Jun 2025, Putrajaya - Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Tahunan Malaysia-World Bank Group di Zenith Hotel, Putrajaya. Ini adalah satu platform penting menandakan penutup kepada tempoh lima tahun OSA 2.0 (Julai 2020– Jun 2025).
Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam menilai pencapaian kerjasama strategik antara Kerajaan Malaysia dan World Bank Group. Turut hadir adalah daripada Kementerian Ekonomi (KE), Kementerian Kewangan (MOF), Bank Negara Malaysia (BNM), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan World Bank Group (WBG). Antara agenda utama ialah:
🔹 Menetapkan keutamaan strategik pembangunan negara bagi tempoh 2025–2030
🔹 Membincangkan isu dan trend pembangunan nasional, serantau dan global
🔹 Memperkukuh peranan Malaysia sebagai rakan pembangunan dalam kerjasama antarabangsa
Komitmen ini mencerminkan semangat kerjasama dan perkongsian strategik ke arah mencapai aspirasi pembangunan mampan negara.