- 34 views
Taklimat Dasar Gaji Progresif (DGP) telah diadakan bersama persatuan tadika dan taska sekitar Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Sesi ini bertujuan untuk memberikan penerangan serta meningkatkan pemahaman pengusaha taska dan tadika mengenai pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dalam usaha memperkukuh pasaran buruh negara secara berstruktur dan mampan.
Kepada majikan yang masih belum mendaftar, ayuh sama-sama kita menyokong pelaksanaan DGP demi masa depan yang lebih saksama dan inklusif untuk semua rakyat Malaysia.Jom sertai DGP sekarang. Maklumat lanjut di https://gajiprogresif.gov.my/