- 4 views
Kementerian Ekonomi berbesar hati menerima pada 10 Jun 2025 (Selasa) bertempat di Bilik Seminar Aras G, Kementerian Ekonomi.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan tentang peranan dan fungsi utama Kementerian Ekonomi serta realiti dunia pekerjaan dalam sektor awam.
Para pelajar turut didedahkan kepada hala tuju strategik pembangunan negara khususnya dari aspek sosioekonomi yang menjadi teras utama Kementerian Ekonomi. Antara pengisian utama sepanjang lawatan ini termasuk taklimat informatif oleh YBrs. Dr. Ting Kong Onn, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan sesi interaktif soal jawab. Semoga lawatan ini memberi inspirasi dan pengalaman berharga buat semua pelajar.