Pusat SDG Negara (PSN), Kementerian Ekonomi pada 24 Julai 2025, telah menganjurkan Mesyuarat Khas Pemurniaan 10 Keutamaan SDG, dengan kerjasama Kementerian-kementerian Peneraju SDG, wakil Kerajaan Negeri terpilih, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) United Nations Resident Coordinator Office (UNRCO) serta dihadiri oleh APPGM-SDG, CSO, pihak swasta, wakil akademia serta lain-lain pihak berkepentingan.

Bertempat di Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA, mesyuarat ini telah dihadiri oleh 120 orang jemputan di mana acara dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh YBhg. Dato’ Ts. V. Valluvan Veloo, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), Kementerian Ekonomi.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepentingan pelaksanaan SDG yang tersusun merentas pelbagai Kementerian dan agensi, juga menengahkan ketersediaan data sedia ada bagi memastikan SDG dapat diukur dengan tepat. Sesi perbincangan dijalankan dengan kaedah ‘world cafe method’ bagi mendapatkan seberapa banyak input sebelum syor yang bersesuaian dikemukakan untuk perhatian Jawatankuasa Khas SDG kelak.

Perbincangan secara kolektif ini selaras dengan pendekatan keseluruhan negara (whole-of-nation approach), Aspirasi Malaysia MADANI dan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12, dalam usaha memperkasa kerjasama dan peranan pihak berkepentingan dalam menyokong agenda pembangunan mampan negara.

#PusatSDGNegara

#KementerianEkonomi

#MalaysiaMADANI

#SDG2030

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI