- 68 views
28 Julai 2025 - Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Kementerian Ekonomi Bil. 2 Tahun 2025 telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi yang turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi Kementerian Ekonomi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) agensi, pengurusan tertinggi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) serta Ketua Unit Integriti dan Governans (IGU) agensi.
Mesyuarat kali ini telah membincangkan pelbagai isu-isu tatakelola di kementerian dan agensi, selain berkongsi pembudayaan nilai dan amalan baik berdasarkan empat (4) terma rujukan JTK, iaitu Reformasi Institusi, Dasar dan Undang-undang, Pemantauan dan Penilaian, Sistem dan Prosedur Kerja, serta Pembudayaan Amalan Nilai dan Tatakelola Baik.
Penekanan turut diberikan terhadap kepentingan integriti, khususnya dalam konteks penjagaan amanah perkhidmatan awam, disiplin kerja, dan pencapaian hasil yang ditetapkan. Diharapkan mesyuarat kali ini dapat memberi maklumat yang bermanfaat kepada warga Kementerian Ekonomi agar terus komited untuk meningkatkan integriti dan tatakelola dalam budaya kerja.
#KementerianEkonomi
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia

