- 43 views
PEMBENTANGAN RANCANGAN MALAYSIA KETIGA BELAS (RMK13) 2026–2030: Melakar Semula Pembangunan
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini telah membentangkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang bertemakan “Melakar Semula Pembangunan”, sebagai kesinambungan kepada agenda Ekonomi MADANI.
RMK13 menetapkan hala tuju pembangunan negara melalui tiga teras utama:
1. Memperkukuh Tatakelola Baik
2. Menaikkan Siling
3. Menaikkan Lantai Sembilan teras di bawah RMK13 digariskan bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam, melonjakkan ekonomi digital dan berteknologi tinggi. Usaha ini adalah untuk mengangkat darjat dan martabat negara dengan meningkatkan kualiti hidup rakyat dan meningkatkan daya saing negara ke arah menjadikan Malaysia peneraju ekonomi Asia Tenggara.
Pelaksanaan RMK13 akan dipantau secara telus dan menyeluruh bagi memastikan setiap inisiatif memberi impak langsung kepada rakyat dan pembangunan negara secara terangkum dan mampan.
Maklumat lanjut boleh layari https://rmk13.ekonomi.gov.my
#taatsetia
#MalaysiaMADANI
#KementerianEkonomi
#RancanganMalaysiaKetigaBelas
#RMK13