Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan menerima Kementerian Ekonomi menghadap sembah di Istana Negara pada 29 Julai 2025 berkenaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe13), 2026–2030.

Sembah Taklimat disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi dan Yang Berbahagia Datuk Dr. Zunika binti Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) berkenaan hala tuju strategik pembangunan negara dalam RMKe13 demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Turut hadir bersama adalah pegawai-pegawai kanan kementerian.

Dokumen RMKe13 dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai 2025 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

#taatsetia

#KementerianEkonomi

#IstanaNegara

#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja

#RancanganMalaysiaKetigaBelas

#RMK13

#RancakkanMADANI