- 17 views
Pada 15 Ogos 2025, YBhg. Dato’ Ts. V. Valluvan Veloo, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) Kementerian Ekonomi telah menerima kunjungan hormat daripada rakan sejawatnya, Encik Keith Tan, Timbalan Setiausaha (Tenaga dan Karbon), Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura (MTI Singapore). Turut hadir sama dalam sesi kunjungan hormat ini adalah Dr. Noranida Zainal, Pengarah Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli (BEASSA), serta wakil Unit Penyelarasan CCUS (UPC).
Sesi perbincangan bertumpu kepada perkembangan pelaksanaan inisiatif Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) di Malaysia yang sedang giat dilaksanakan sebagai salah satu langkah strategik negara dalam menangani perubahan iklim dan menyokong peralihan kepada ekonomi rendah karbon.
MTI Singapore turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kementerian Ekonomi atas usaha pantas dan proaktif dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama pelbagai pihak berkepentingan serta inisiatif ke arah penggubalan dan penguatkuasaan Akta CCUS 2025. #KementerianEkonomi #CCUSMalaysia #KerjasamaSerantau #MyCCUS

