- 43 views
Pada 30 September 2025 (Selasa), telah berlangsung Minggu Ekonomi dan Kewangan Awam (MEKA) 2025 yang dirasmikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II memangku Menteri Ekonomi, bertempat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Persidangan ini berjaya menghimpunkan lebih 700 peserta terdiri daripada penjawat awam di semua peringkat, wakil akademia dan sektor swasta. MEKA 2025 memberi tumpuan kepada Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bertemakan “Melakar Semula Pembangunan” sebagai platform penting untuk memperkukuh kefahaman mengenai hala tuju dasar negara bagi tempoh 2026 hingga 2030.
Turut hadir Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi bersama Datuk Dr Mohd Bakri Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan).
Penganjuran MEKA 2025 dengan kerjasama INTAN dan Kementerian Ekonomi diharap menjadi platform penting untuk menjayakan strategi dan inisiatif RMK13, yang akan diterjemahkan bermula dalam Belanjawan 2026 demi kesejahteraan rakyat serta mengangkat martabat negara di persada dunia.
#KementerianEkonomi #RancanganMalaysiaKetigaBelas #MalaysiaMadani #RancakkanMadani #MadaniBekerja #Taatsetia

