- 190 views
Bahagian Khidmat Pengurusan dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Kontrak pada 19 November 2025 (Rabu) bertempat di Bilik Auditorium, Aras 5, Menara Prisma,Kementerian Ekonomi. Bengkel ini telah disertai oleh 30 orang pegawai Kementerian Ekonomi.
Objektif bengkel ini adalah bagi memberi panduan kepada peserta mengenai penyediaan kontrak perkhidmatan dan bekalan mengikut tatacara dan peraturan yang sedang berkuatkuasa, meningkatkan pemahaman peserta dalam merangka, menilai dan menyusun dokumen kontrak, melatih peserta mengurus risiko kontrak dan mengoptimumkan pengurusan kontrak.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Yang Berusaha Encik Noor Rosidi bin Abdul Latif, Penasihat Undang-Undang Kementerian Ekonomi dan dibantu oleh Puan Noordini binti Mohd Azahar, Peguam Kanan Persekutuan dan juga Puan Nur Najwa binti Soid daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Kementerian Ekonomi.
Secara keseluruhannya, bengkel ini telah dilaksanakan melalui sesi interaksi dua hala, perbincangan, kajian kes sebenar serta contoh berdasarkan situasi semasa.Pendedahan ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman peserta dan seterusnya memperkukuh pengurusan kontrak di Kementerian Ekonomi agar lebih teratur, efisien dan selaras dengan keperluan semasa.
#KementerianEkonomi #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #TaatSetia

