Bahagian Sumber Manusia telah menganjurkan Program Intervensi Minda Dan Emosi (PRIME): Terapi Air pada 17 hingga 20 November 2025 (Isnin hingga Khamis) bertempat di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS) Kluang, Johor Darul Takzim. Bengkel ini telah disertai oleh 15 orang pegawai Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Objektif program ini bertujuan meningkatkan kesihatan fizikal dan mental pegawai melalui aktiviti renang yang berperanan sebagai terapi air. Ia membantu menguatkan otot, meningkatkan fleksibiliti, serta memperbaiki peredaran darah di samping mengurangkan tekanan dan emosi negatif. Melalui pendekatan ini, peserta dapat memperkukuh daya tahan, fokus, dan produktiviti kerja, sekali gus menyokong kesejahteraan individu, keluarga, dan organisasi ke arah keseimbangan hidup dan kerjaya yang lebih sihat.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Yang Berusaha Kapten (PA) Tuan Ismail Bin Kamarul Ariffin, Penolong Pegawai Pertahanan Awam selaku Ketua Jurulatih Program dan dibantu oleh Leftenan (PA) Nazimah Binti Ramli, Pembantu Pertahanan Awam selaku pembantu jurulatih. Selain itu, peserta turut mengikuti sesi pembelajaran melibatkan teknik asas renang, latihan keyakinan diri serta aktiviti interaktif yang menyokong kesejahteraan mental dan fizikal.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan kemahiran peserta dalam mengurus stres, mengukuhkan ketahanan mental, dan memupuk gaya hidup lebih sihat melalui pendekatan terapi air.

#KementerianEkonomi #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #TaatSetia