Majlis Pelancaran Program Junior INNOVATHON yang julung kali diadakan merupakan inisiatif Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta RTM. Program ini bertujuan membudayakan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan murid sekolah serta mencungkil bakat dan idea inovasi generasi muda.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan lebih 2,000 penyertaan. Sebanyak 50 pasukan melibatkan sekolah rendah dan sekolah menegah daripada pelbagai jenis sekolah termasuk sekolah harian, sekolah berprestasi tinggi, MRSM, sekolah agama, kolej vokasional dan sekolah swasta akan bertanding merebut gelaran Juara Junior INNOVATHON musim pertama.

Program ini akan disiarkan di saluran TV Satu RTM bermula 12 Oktober hingga 16 November 2025. Nantikan inovasi dan kreativiti anak-anak muda Malaysia dalam Program Junior INNOVATHON!

#JuniorINNOVATHON #RancakkanMadani #MalaysiaMadani #MADANIBekerja