π’πžπ¬π’ 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐑𝐚𝐬 π‘πŒπŠπŸπŸ‘ 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐑π₯𝐒 𝐏𝐚𝐫π₯𝐒𝐦𝐞𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐃𝐔𝐍 π’πšπ›πšπ‘

Bersempena dengan Program Jelajah Jalinan Borneo RMK13 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau Sabah, Kementerian Ekonomi telah mengadakan satu sesi penerangan khas bersama Ahli Parlimen dan ADUN Sabah pada 2 Oktober 2025 (Khamis).

Program ini merupakan wadah penting untuk menerangkan halau tuju Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) serta mendapatkan pendangan wakil rakyat bagi memastikan pembangunan yang dirancang benar-benar memenuhi keperluan rakyat Sabah, khususnya di kawasan pedalaman.

Pembangunan Sabah di bawah RMK13 menekankan pertumbuhan lebih pesat sekitar 5.8% setahun dengan memanfaatkan kekuatan sektor agrokomoditi, pertanian, perikanan dan ekopelancongan.

Tumpuan khusus turut diberikan kepada kawasan strategik di Pantai Timur Sabah, antaranya Tawau sebagai Hab perdagangan dan perkhidmatan, Lahad Datu sebagai pusat agrokomoditi dan logistik serantau dan Semporna sebagai destinasi pelancongan marin dan konservasi karang.

Turut hadir YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, YB Datuk Andi Muhammad Suryady Haji Bandy, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Merangkap Ahli Parlimen Kalabakan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim Bin Paijan Ketua Eksekutif Sabah Economic Development & Investment Authority (SEDIA), YBhg. Datuk Dr Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi serta Wakil-wakil MPT.

Melalui tumpuan ini, jurang pembangunan wilayah dapat dirapatkan, infrastruktur asas dipertingkatkan, dan taraf hidup rakyat Sabah dapat ditingkatkan seiring aspirasi Sabah Maju Jaya dalam kerangka Ekonomi MADANI.

#KementerianEkonomi #RancanganMalaysiaKetigabelas #MalaysiaMadani #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #TaatSetia