Alhamdulillah, telah selesai berlangsung Ceramah Maulidur Rasul Peringkat Kementerian Ekonomi yang bertemakan "Rasulullah di hati, Sunnah dihayati". Majlis tersebut telah diseri dengan kehadiran YB Dato' Sri Mohd Shahar bin Abdullah, Timbalan Menteri Ekonomi, bersama-sama kepimpinan tertinggi dan warga kerja kementerian.

Pihak kementerian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penceramah jemputan, YBhg. Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mantan Menteri Hal Ehwal Agama dan Mufti Wilayah Persekutuan atas perkongsian ilmu serta pencerahan yang amat bermakna dan sarat dengan ibrah.

Sekalung ucapan syabas dan terima kasih atas kesinambungan kerjasama erat Kelab Ekonomi, Bahagian Sumber Manusia dan PUSPANITA Cawangan Kementerian Ekonomi dalam penganjuran dan kehadiran warga Kementerian Ekonomi yang memeriahkan majlis. Semoga segala pengajaran yang disampaikan dapat dihayati serta diamalkan dalam kehidupan dan tugasan harian.

#KementerianEkonomi

#KelabEkonomi

#PUSPANITA

#MalaysiaMADANI