MEMPERKUKUH KERJASAMA PEMBANGUNAN PAHANG

YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi, hari ini berbesar hati menerima kunjungan Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail YAB Menteri Besar Pahang bagi membincangkan perkembangan dan perancangan pembangunan negeri Pahang.

Pertemuan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi memastikan projek pembangunan dilaksanakan secara berkesan, berimpak dan memberi manfaat kepada rakyat.

Bagi tahun 2026, sebanyak 599 projek pembangunan dengan kos hampir RM36 bilion direkodkan bagi negeri Pahang, meliputi pelbagai sektor termasuk infrastruktur, pengangkutan, pendidikan, kesihatan, bekalan air, pelancongan, pembangunan luar bandar dan ekonomi.

Turut diberi perhatian ialah Taman Industri Halal, Gebeng, serta projek-projek pembangunan lain yang berpotensi merancakkan aktiviti ekonomi, menarik pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan dan memberi manfaat kepada rakyat Pahang.

Kementerian Ekonomi akan terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Negeri Pahang bagi memastikan perancangan pembangunan diterjemahkan kepada pelaksanaan yang berkesan, menyokong pertumbuhan ekonomi negeri serta membawa manfaat yang nyata kepada rakyat.

#KementerianEkonomi #MADANIBekerja #TaatSetia