ππ„πŒπ„π‘πŠπ€π’π€π€π π’π„πŠπ“πŽπ‘ πŽπ†π’π„ πƒπˆ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ π†π‹πŽππ€π‹ πƒπ„πŒπˆ πŠπ„π“π€π‡π€ππ€π π„πŠπŽππŽπŒπˆ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Pada 23 September 2026, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi, telah hadir menyempurnakan majlis peluncuran program Privet OGSE Turkmenistan di bawah International Market Access Programme (IMAP).

Program yang diterajui oleh Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) ini dilaksanakan bertujuan untuk membuka laluan dan akses pasaran antarabangsa bagi syarikat-syarikat Oil and Gas Services and Equipment (OGSE) tempatan.

Inisiatif ini memfokuskan kepada potensi pasaran strategik di Asia Tengah, khususnya Turkmenistan, bagi memperkukuh daya tahan ekonomi negara, memperluas sumber pertumbuhan, serta membina syarikat Malaysia yang berdaya saing secara mampan di peringkat global.

Peluasan pasaran ini penting memandangkan sektor OGSE menyumbang sebanyak RM39.4 bilion nilai ditambah dan melibatkan lebih 123,000 tenaga kerja. Selaras dengan Pelan Induk Industri OGSE Negara 2021-2030 (Kajian Separuh Penggal) dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), usaha ini menetapkan sasaran untuk meningkatkan hasil eksport industri OGSE kepada 50% menjelang tahun 2030.

Kementerian Ekonomi melalui pendekatan bersepadu bersama Kementerian Luar Negeri, MATRADE, dan PETRONAS terus komited dalam memudah cara perniagaan serta mengurangkan halangan pasaran. Langkah ini membolehkan syarikat tempatan menterjemahkan keupayaan teknikal dan kepakaran mereka kepada peluang komersial yang berimpak tinggi dan mampan di peringkat antarabangsa.

#KementerianEkonomi #MADANIBekerja #taatsetia #MPRC #OGSE #RMK13