RM127 JUTA UNTUK KEMUDAHAN PDRM, DEMI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN YANG LEBIH BAIK

Pada 28 September 2026, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi, mengambil kesempatan meluangkan masa melihat keadaan kemudahan dan keperluan untuk baik pulih IPD Kluang dan Taman Perumahan Polis Jalan Padang Tembak yang menjadi kuarters kediaman anggota PDRM sempena lawatan rasmi beliau ke Johor.

Di bawah RMK13 Rolling Plan Pertama (RP1) 2026, peruntukan bagi Projek Pembaikan dan Penyelenggaraan Kuarters dan Balai Polis sebanyak RM122 juta. Melihat keperluan yang mendesak, Kementerian Ekonomi telah bersetuju untuk penambahan RM5 juta kepada RM127 juta melalui Notice of Change (NOC).

Daripada jumlah tersebut, RM3.7 juta diperuntukkan bagi Kluang, termasuk penambahbaikan 10 blok kuarters dan kerja pembaikan premis PDRM di bawah pentadbiran IPD Kluang.

Langkah ini mencerminkan komitmen Kerajaan memastikan setiap peruntukan pembangunan disasarkan kepada keperluan sebenar, memberi manfaat kepada aset awam dan menyokong penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Kementerian Ekonomi akan terus memperkukuh pengurusan aset awam secara bersepadu, berasaskan data dan berorientasikan prestasi bagi memastikan setiap ringgit yang dilaburkan memberikan value for money sepanjang hayat aset.

#KementerianEkonomi #MADANIBekerja #taatsetia