- 15 views
πππππππππππ ππππππ πππππππππππ ππππππ
Pada 28 Ogos 2026, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah, Menteri Ekonomi telah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis bagi menyembah maklum perkembangan serta bertukar pandangan mengenai agenda pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Negeri Perlis.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan negeri, khususnya usaha memperkukuh sektor logistik melalui Pelabuhan Darat Perlis (PIP) di Lembah Chuping yang berpotensi menjadi hab logistik strategik di utara Semenanjung.
Turut diberi perhatian ialah cadangan menaik taraf Bangunan Jam Besar Negeri Perlis sebagai Galeri Diraja, sebagai usaha memelihara warisan dan identiti negeri serta mewujudkan potensi tarikan pelancongan baharu.
YB Menteri turut menyembah maklum kedudukan Perlis yang mempunyai potensi ekonomi besar untuk terus diperkukuh. Pada 2025, ekonomi negeri berkembang 2.0% dengan nilai KDNK mencecah RM6.7 bilion, disokong oleh ruang pertumbuhan dalam pemodenan pertanian, agromakanan bernilai tinggi serta aktiviti hiliran dan pemprosesan makanan.
Kementerian Ekonomi akan terus bekerjasama erat dengan Kerajaan Negeri Perlis bagi memastikan agenda pembangunan dilaksanakan secara tersusun, berimpak dan memberi manfaat kepada rakyat, selaras dengan kedudukan strategik Perlis sebagai pintu masuk Malaysia di utara.

