- 4 views
Pada 22 Mei 2026, Mesyuarat PEMUDAH Bil.2/2026 telah dipengerusikan secara bersama oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan YBhg. Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengerusi PEMUDAH Sektor Swasta.
Antara perkara yang dibincangkan termasuklah cadangan penyelesaian pertikaian teknikal dalam industri pembinaan serta inisiatif mengurangkan beban peraturan pendaftaran penjual makanan haiwan bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing industri.
Platform PEMUDAH terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh kerjasama sektor awam dan swasta bagi menyokong agenda reformasi kerenah birokrasi dan penambahbaikan persekitaran perniagaan negara.

