- 1 view
Pada hari ini, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah, Menteri Ekonomi dalam ucapan Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi bagi bulan Mei 2026 berkongsi mengenai kedudukan ekonomi negara bagi suku pertama 2026 yang kekal kukuh untuk mendepani cabaran ekonomi global.
Antara perkara utama yang dikongsikan ialah tiga teras penstrukturan semula ekonomi negara sebagai langkah menjadikan krisis bekalan global sebagai pemangkin kepada pembaharuan ekonomi yang lebih mampan dan inklusif.
Teras pertama memberi penekanan kepada usaha membina ekonomi bernilai tinggi, dan mengangkat lantai sosial rakyat melalui peluang pendapatan dan pekerjaan yang bernilai tinggi.
Teras kedua pula memfokuskan kepada percepatan peralihan tenaga sebagai persediaan negara ke arah ekonomi rendah karbon, sekali gus memperkukuh daya tahan dan daya saing Malaysia dalam landskap ekonomi hijau global.
Sementara itu, teras ketiga menekankan kemampanan sistem sokongan sosial supaya bantuan yang disalurkan kepada golongan sasaran adalah tepat, adil dan berfasa serta mengambil kira komitmen sebenar berasaskan penambahbaikan mekanisme Pendapatan Boleh Guna dan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Hari ini juga dilancarkan montaj Dashboard Pemantauan Krisis Bekalan bekalan Global untuk hebahan kepada semua orang awam.
Tidak lupa juga YB Menteri mengucapkan penghargaan kepada seluruh warga Kementerian yang menyambut Hari Raya Aidiladha, Hari Ibu, Hari Pekerja dan Hari Belia Negara.
#KementerianEkonomi
#MADANIBekerja
#taatsetia

