๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—˜๐—ฑ๐˜‚๐—ฐ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฏ๐—น๐—ฒ ๐——๐—ฒ๐˜ƒ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ฝ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜ (๐—˜๐—ฆ๐——) ๐—ง๐—ฒ๐—ฎ๐—ฐ๐—ต๐—ฒ๐—ฟ ๐—”๐—ฐ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฒ๐—บ๐˜† ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป, ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด

19 - 20 Mei 2026 | Hotel Sri Malaysia, Kuantan

Kementerian Ekonomi melalui Pusat SDG Negara (PSN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Program Education Sustainable Development (ESD) Teacher Academy di bawah fokus inisiatif Kementerian Peneraju SDG 4 (Pendidikan Berkualiti). Program ini selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang memberi penekanan terhadap pembudayaan nilai kemampanan dalam sistem pendidikan negara.

Bengkel yang dihadiri seramai 107 orang guru sekolah rendah dan sekolah menengah dari daerah Kuantan, Pahang ini bertujuan untuk melengkapkan warga pendidik dengan pendedahan asas dan ilmu pedagogi berkaitan ESD serta merangka Pelan PdP berasaskan penyelesaian masalah (problem-based-learning). Pendekatan ini turut mendukung hala tuju Pelan Pendidikan Negara 2026 โ€“ 2030 ke arah melahirkan generasi yang berdaya saing, kreatif, inovatif dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap agenda pembangunan mampan.

Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh YB Datoโ€™ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Ekonomi. Turut hadir menyerikan majlis ialah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), wakil UMPSA, wakil PSN, wakil Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia dan wakil pegawai sektor pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang.

#PendidikanMampan

#ESD2026

#SDGMalaysia

#Agenda2030

#MalaysiaMADAN