YB Tuan Haji Akmal Nasrullah, Menteri Ekonomi hari ini meneruskan perbincangan lanjut berkaitan isu yang terkait dengan Krisis Bekalan Global bersama Jawatankuasa Penasihat Dasar kepada Perdana Menteri (PMAC).

Perbincangan hari ini menjurus kepada isu rantaian bekalan yang memberi kesan kepada sektor pembuatan dan perdagangan khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mempunyai keupayaan kewangan lebih terhad, cadangan penambahbaikan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), diikuti status pelaksanaan inisiatif yang telah diputuskan oleh MTEN bagi menangani impak krisis bekalan global.

Perbincangan ini menjadi platform penting bagi menyelaras tindakan antara kementerian, agensi serta pemain industri dalam memastikan daya tahan ekonomi negara terus diperkukuh di tengah ketidaktentuan geopolitik dan perdagangan global.

#KementerianEkonomi

#MADANIBekerja

#taatsetia