Pada 15 Mei 2026, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah, Menteri Ekonomi telah mempengerusikan Mesyuarat Kerjasama Strategik Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Persekutuan dan Negeri (MKS PPEPN) Bil. 1/2026 bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengarah UPEN/BPEN serta teraju utama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).

Tujuan mesyuarat adalah untuk memperkukuh penyelarasan dasar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang telah wujud sejak 1988.

Selain itu, Kementerian Ekonomi turut berkongsi keadaan status ekonomi negara pada suku tahun pertama 2026 yang tetap kukuh, tetapi perlu berwaspada terhadap risiko geopolitik sehingga kepada gangguan rantaian bekalan.

Bagi mendepani cabaran ini, Kerajaan sedang mengambil inisiatif dalam strategi dalam memanjangkan stok bekalan disamping mengoptimumkan penggunaan bekalan. Kementerian Ekonomi turut menekankan pengurusan fiskal yang lebih sistematik melalui budaya penyelenggaraan aset bagi mengelakkan pembaziran kos.

#KementerianEkonomi

#MADANIBekerja

#taatsetia